|
CDS Group International, LLC Security, Investigations, Intelligence
Click on a flag to read in your language
Bahasa Chinese
English German
Hungarian Japanese
Slovenian Spanish
Capabilities CDS Pure Water |
|
|
Selama lapan belas tahun kakitangan kami telah menyediakan capaian global, pemahaman budaya, penghargaan budaya dan kemahiran profesional & diplomatik yang telah membantu memastikan perdagangan pelanggan kami berjaya di peringkat global. Kami membantu para pelanggan kami menguruskan risiko demi mengenal pasti peluang. Daripada usaha mengejar dan mengembalikan wang kecurian & orang hilang, melalui pemerolehan atau penutupan usaha niaga global, hingga ke penyelidikan yang membolehkan pengagihan semula portfolio pelabur kepada pelaburan & pasaran global yang nilai peningkatannya adalah intrinsik – kami telah membantu mengaturkan penyelesaian yang terbaik dalam pelbagai keadaan yang dapat difikirkan. Pelanggan kami telah kekal bersama kami, dan kami bersama mereka, dan bersama-sama kita mencari peluang hari esok di pasaran global. Kami membantu syarikat daripada banyak negara memperoleh aset di serata dunia; kami juga membantu syarikat tersebut dalam pengambilan bekerja, atau penamatan, barisan pimpinan utama; kami melindungi pelaburan daripada penipuan, pembaziran dan penyalahgunaan; kami memahami dan bekerjasama dengan dinamik budaya, kesatuan pekerja dan kerajaan tempatan, untuk membantu memastikan risiko menjadi peluang. Kami terutama sekali berbangga dengan kebolehan kami mengendalikan risiko tertentu, seperti yang berkait dengan masalah buruh; juga pelbagai risiko kepada urus tadbir syarikat daripada kumpulan jenayah terancang Rusia, Yakuza Jepun dan Kongsi Gelap China. Kami membawa pengetahuan, pemahaman, kesabaran dan diplomasi kepada cabaran risiko tertentu dan kami memahami keperluan untuk bertindak secara adil tetapi tegas. Kami tidak asing dengan timbang tara atau tindakan undang-undang, namun pelanggan kami kerap kali diberikan penyelesaian terancang yang bukan-kombatif terhadap masalah, yang dicapai secara bijaksana, bersesuaian dengan masa, kos dan pendedahan yang wujud dalam proses perundangan. Kami telah atau sedang bekerjasama: o Dengan syarikat insurans terkemuka di serata dunia dalam beratus-ratus siasatan berkenaan penipuan. o Dengan plaintif dan mahkamah untuk mendapatkan kembali berjuta-juta dolar daripada institusi melindungi kewangan luar pesisir. o Dengan pelabur bernilai bersih tinggi untuk mengenal pasti dan mengkaji pelaburan yang secara intrinsik kelihatan bagus – berdasarkan produk, pemilikan, kepimpinan dan pasaran. o Dengan syarikat & individu yang mencari perlindungan fizikal bagi orang perseorangan dan aset. o Dengan mereka yang ada kepentingan untuk memahami risiko berkaitan dengan pengaruh jenayah teratur terhadap operasi mereka – dan kesan bahayanya kepada kakitangan mereka. o Dengan orang yang mencari maklumat risikan & analisis bagi menyokong pembuatan keputusan secara peribadi. Terutamanya bagi Malaysia, kami berminat untuk menyokong perniagaan yang ingin mendapatkan pengetahuan lanjutan, juga yang terjejas oleh hubungan perniagaan yang tidak menguntungkan. Daripada menilai rakan kongsi yang berpotensi di seluruh Asia, ke menyelesaikan masalah perniagaan di Amerika Tengah, hingga ke menilai kebarangkalian kejayaan terhadap penghutang di Amerika Utara – kami boleh membantu. Dalam dunia sekarang, mengetahui kekuatan, sikap dan keupayaan rakan perdagangan anda adalah lebih baik daripada mendapatkan pembayaran hutang melalui proses perundangan. Dalam beberapa tahun lepas, kami telah bekerja dengan jayanya di negara-negara berikut: Argentina; Australia; Austria; Bahamas; Kanada; Chile; China; Columbia; Costa Rica; Republik Czech; Republik Dominica; Ecuador; Perancis; Jerman; Guam; Guernsey; Hong Kong SAR; India; Indonesia; Israel; Itali; Jepun; Korea; Kosovo; Macedonia; Malaysia; Nigeria; Pakistan; Panama; Peru; Republik Filipina; Portugal; Republik Palau; Rusia; Serbia; Singapura; Slovenia; Sepanyol; Switzerland; Taiwan; Wilayah Kepulauan Utara Mariana; Thailand; United Kingdom; Amerika Syarikat.
Hubungan E-mel: sjeinsel@cdsgi.com (Bahasa Inggeris) Telefon: +011 (1) 402-462-9966 (Bertutur dalam Bahasa Inggeris) Fax: +011 (1) 402-462-9968
|
Copyright © 2009
CDS Group International, LLC
|